Scholarships & Financial Assistance

Click here for EN

BIASISWA SPAN





Video Pelancaran Biasiswa SPAN oleh Pn Zarina binti Sulieman, Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Korporat



MENGENAI SPAN

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) adalah sebuah badan kawal selia teknikal dan ekonomi yang berperanan untuk menyelia dan mengawal selia perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.

Sebagai badan kawalselia, SPAN berperanan untuk mengawal selia semua entiti dalam industri bekalan air dan pembetungan termasuk operator, kontraktor, pemegang permit dan kelulusan produk bagi bekalan air dan pembetungan.



BIASISWA SPAN

Program biasiswa SPAN memberi peluang kepada pelajar-pelajar cemerlang Semester 2 Asasi/Matrikulasi untuk melanjutkan pelajaran dari peringkat Pengajian Asasi/Matrikulasi hingga ke Ijazah Pertama di universiti-universiti awam dalam negara. Menjadi impian SPAN untuk memupuk generasi muda yang holistik dan seterusnya melangkah ke alam kerjaya bagi memenuhi keperluan sektor kawalselia air dan pembetungan negara.

Biasiswa SPAN bukan hanya merangkumi yuran pengajian dan pelbagai elaun tetapi SPAN juga menyediakan program pembangunan yang diatur dan disusun bagi mengasah bakat kepemimpinan, kemahiran interpersonal dan pemikiran kritis pelajar sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar.

Calon yang berjaya akan mendapat peluang untuk berkhidmat di SPAN selepas tamat pengajian kelak.



BIDANG TAJAAN

SPAN menawarkan biasiswa penuh dari peringkat Pengajian Asasi/Matrikulasi hingga ke Peringkat Ijazah pertama di universiti-universiti awam dalam bidang-bidang berikut:


TEKNIKAL
(Kejuruteraan, Ukur Bahan)

EKONOMI/
PERNIAGAAN

PERAKAUNAN/
KEWANGAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT/
DATA SAINS

KOS PENAJAAN

Biasiswa SPAN yang ditawarkan merangkumi sokongan kewangan seperti yang berikut;


YURAN PENGAJIAN
  • Mengikut kadar yang ditetapkan oleh Universiti.

ELAUN

Elaun-elaun seperti yang berikut disediakan untuk membantu pelajar dalam perbelanjaan universiti mereka;

  • Sara hidup
  • Penginapan
  • Buku
  • Alat Perkakas
  • Tesis
  • Latihan Amali

KOMPUTER RIBA
  • Sebuah komputer riba diberikan sekali sepanjang pengajian.

PERKHIDMATAN SOKONGAN YANG DISEDIAKAN

 

PEMANTAUAN PELAJAR

Pelajar akan dibimbing oleh 'Scholar Guide' untuk;

  • Mencapai kecemerlangan akademik
  • Mengatasi masalah dan cabaran
  • Mengekalkan kesejahteraan pelajar

PROGRAM PEMBANGUNAN

Program latihan kemahiran insaniah yang disediakan merangkumi 4 kemahiran;

  • Kemahiran Komunikasi
  • Kemahiran Pembangunan Insaniah
  • Kemahiran Organisasi
  • Kemahiran Kebolehpasaran
 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Calon-calon wajib memenuhi syarat-syarat permohonan secara umum dan khusus seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai kesihatan yang baik;
  3. Aktif dalam aktiviti kokurikulum;
  4. Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian sama.
  5. Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat khusus berikut;
    • Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2021;
    • Pelajar hendaklah mendapat sekurang-kurangnya keputusan PNGK 3.50 bagi Semester 1 Matrikulasi/Asasi


PROSES PEMILIHAN

Apakah proses selanjutnya selepas permohonan dikemukakan?

Process

PERLUKAN BIASISWA? MOHON SEKARANG!


BIASISWA SPAN sedia membantu anda untuk membiayai pengajian tinggi anda!




Untuk maklumat berkaitan BIASISWA SPAN, sila hubungi kami;
  03-5613 6288
  biasiswaspan@metropolitancorridor.com

Our Goal is to help the many deserving students out there to access to a scholarship programme to allow them to pursue their higher education at their dream university.